12 GAMBAR: Kereta Kebal Terbalik, 2 Maut
Di Kuala Kangsar, 2 orang anggota tentera maut manakala 2 lagi cedera apabila kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia terbabas sebelum terbalik
Kejadian kemalangan ini berlaku di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan kira-kira jam 6.40 petang tadi.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada orang awam pada jam 6.46 petang.
Dikatakan kenderaan berat itu gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar konkrit pembahagi lebuh raya. Kereta kebal itu kemudian terbalik di bahu kiri jalan.
Maklumat anggota yg terlibat adalah:
1. Lkpl Fredy - pemandu (cedera dan dihantar ke hospital kuala kangsar)
2. Kpl Sharifuddin b. Abdullah - (cedera dn dihntar ke hospital kuala kangsar)
3. Sjn Bayong - (meninggal ditempat kejadian.)
4. Kpl Fatanah b. Ismail - (meninggal di hospital)
Takziah dan doakan kepada yang meninggal dunia. Al-Fatihah.
0 comments:
Post a Comment