02:48 10

Doktor Kurang Ajar Maki Enot

Doktor Kurang Ajar Maki Enot


Enot mendakwa telah dimaki oleh seorang doktor kerana tidak mahu mendapatkan rawatan kemoterapi dan radioterapi untuk penyakit kansernya.

Enot berkata dia tidak akan ke hospital itu lagi dan rasa bengang sehingga ingin menumbuk muka doktor tersebut.

Enot kini menghidap penyakit kanser usus tahap dua (BACA SINI) dan tidak mahu membuat rawatan dari hospital kerana pengalaman dari keluarganya.

Ini kata Enot kepada mStar:
"Saya tidak akan ke hospital itu untuk buat rawatan kerana doktor yang merawat saya terlalu biadap dia sanggup melemparkan kata-kata kesat yang menyinggung perasaan saya.

"Saya tidak mahu buat rawatan kemoterapi dan radioterapi, dia kata pergi matilah kalau tak mahu buat semua itu dan saya rasa ingin tumbuk sahaja muka dia ketika itu,"

"Rawatan tersebut meyakitkan dan tidak berkesan, malah ahli keluarga saya yang membuat rawatan tersebut menjadi lebih parah bukan semakin sembuh.

"Saya sudah reda dan pasrah akan ‘pergi’, namun saya ada juga menjalani rawatan tradisonal dan ambil ubat-ubat tambahan untuk memberi tenaga,"

"Saya bekerja bukan lagi untuk saya tetapi untuk anak-anak. Saya nak kumpul duit untuk bekalan mereka bila saya sudah tiada nanti. 

"Kalau ada rezeki lebih saya memang teringin nak menunaikan umrah jika mendapat peluang itu," 

Memang tak patut doktor melemparkan kata seperti "pergi mati" kepada pesakit walaupun pesakit itu tidak mahu membuat rawatan. Itu dah dikira melanggar etika doktor dan juga agak kurang ajar.

Semoga Enot tabah dengan dugaan yang melanda dan dapat sembuh dari penyakit ini. Diharap juga Enot dapatlah menunaikan impiannya untuk ke umrah tu.


10 comments:

  1. Ramai orang yang berilmu tinggi tetapi hati budi sudah hilang. Saya telah membaca banyak kes berkaitan dengan doktor dan kakitangan, dalam facebook dan seumpamanya, saya dapati komen-komen mereka seumpama orang yang tidak ada pelajaran...tak percaya carilah.......saya sudah sangat takut dengan keadaan ini. Jika boleh, kalau saya dah tua dan sakit, saya tak mahu dirawat di sana....Dan sekarang saya nak jaga ksihatan saya dengan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  2. Doc HAMJAD nma nyer...klu kena pda kaum kluarga aq...mmng dh sah2 kena REMBAT... puihhh!!!

    ReplyDelete
  3. Kuang ajor dokter tu....kasi ambil tindakan skit la ketua jabatan....

    ReplyDelete
  4. memanglah dok akan benggang kalo pesakitnya x nak rawatan.. kanser bukan ble sembuh.. kemoterapi dan rwatan tu hnya melmbatkan proses pertumbuhan kanser tu aje...bukan mnyembuhkan.. doktor bukan tuhan yg ble sembuhkan smua pnyakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. woiiii bodoh...ko pun nk jd bangang cam doc tu ke. kot ye pun pesakit kanser perlukan kata2 peransang. bukan tohmahan. takde etika la. bodoh bebal !!!!!!

      Delete
    2. ni kot doktornya?????

      Delete
    3. Dah patient tak nak buat doct kena bincang baik2 tny patient kenapa tak nak buat bukan lemparkan kata kesat kesian kat patient...sape y tak tau sngt peranan doct n patient jgn komen...

      Delete
  5. Dulu bapa i pun kena colon cancer.. dia ambik Life enzymes dari produk CNI.. cubalah.. produk ni bagus dia akan mengaktifkan semula cel cel yg baru dan slowing down cel csncer.. insyaaa Allah... tawakal dan berusaha.. kita tak tau mungkin ia berhasil juga atau tidak..

    ReplyDelete
  6. Alken spirulina pn ok. Ade member kpd mber tu kne cancer ovari amek supplement tu je. Hingga x prlu kemo bagai. Sel2 knser pn mngurang. Mmg mbantu InsyaAllah. (Based on true story @ sy bkn agen alken ye)

    ReplyDelete