14:00 1

[KES PUKUL ISTERI] Hans Isaac Sokong & Percaya Awie Tak Bersalah

[KES PUKUL ISTERI] Hans Isaac Sokong & Percaya Awie Tak Bersalah


Pelakon dan pengarah popular Hans Isaac kini akan mementaskan teater SuperMokh yang akan dibintangi pelakon Awie sebagai pelakon utama.

Namun ramai tertanya-tanya, adakah Awie akan terus menjadi teraju utama ataupun akan ada penganti kerana kini Awie sedang dibicarakan ekoran kes dakwaan dia memukul isterinya, Rozana Misbun.

Hans Isaac berkata dia yakin bahawa pelakon utamanya itu tidak bersalah dan Awie sudahpun menjelaskan perkara sebenar apa yag berlaku kepada Hans Isaac.

Ini kata-kata Hans Isaac
Saya percaya Awie tidak bersalah. Malah sebelum didakwa dia sudah menjelaskan semuanya kepada saya. Lambat laun perkara sebenar akan diketahui oleh masyarakat juga. Maaf saya tidak boleh cerita segala. Tetapi saya percaya dengan Awie, apa yang dia cakap. Semua akan baik sahaja.

Hans Isaac juga yakin kes pukul itu tidak akan mengganggu persiapan pementasan teater muzikal itu dan jualan tiket juga sudah hampir 60% habis terjual.

Teater ini akan dipentaskan pada September 2014. [sumber: utusan]


1 comments:

  1. Iye la hans....habis tu terlanggar pintu la ye...klu jk sokong pn tengok tpt la...

    ReplyDelete