15:22 0

[PANAS] Haliza Misbun Komen Kes Adiknya Dipukul Awie

Haliza Misbun Komen Kes Adiknya Dipukul Awie 

Pelakon Haliza Misbun akhirnya mula berbicara tentang kes adiknya iaitu Rozana Misbun isteri kepada Awie.

Rozana Misbun didakwa dipukul oleh Awie sehingga menyebabkan kecederaan.

Ada juga pihak mula membuka cerita yang tidak elok tentang Rozana Misbun yang dikatakan menghabiskan duit simpanan yang menjadi punca dipukul Awie.

Ini kata Haliza Misbun (murai):
"Saya cuma mampu berdoa agar adik saya, Rozana Misbun terus diberi kekuatan dalam menempuh ujian yang hebat ini. Meskipun dilempar dengan pelbagai tohmahan dan cacian yang tidak munasabah. 

"Selain daripada menanggung kesan kesakitan fizikal yang masih berbisa dan ditambah pula dengan kerinduan dan kesedihan yang teramat akibat berminggu-minggu tidak berjumpa dengan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7 tahun, Putra Ahmad Rezzki, 6 tahun dan Putri Qasseh Antasya, 4 tahun. Namun, dia (Rozana) masih cuba berfikiran positif,"

"Wanita bukan saja perlu mencapai kata sepakat dengan suami dalam 'deklarasi harta sepencarian' disaat sedang bahagia, tetapi soal hak penjagaan anak-anak harus juga dititikberatkan sebagai salah satu dari terma-terma yang termaktub dalam deklarasi itu. 

"Ini penting agar kita tidak perlu naik turun makhamah apabila penceraian terjadi. Oh ya! Paling penting, perkara pertama yang perlu anda lakukan sebaik menikah: Pastikan salinan sijil nikah ada dalam simpanan anda,"

Ini merupakan kata-kata dari Haliza Misbun yang menyokong seratus peratus adiknya iaitu Rozana. Haliza mendoakan kekuatan buat adiknya untuk menempuh kes ini.

Sementara itu, Haliza Misbun juga mendedahkan kini Rozana dah lama tak berjumpa dengan anak-anaknya. Hmm..



0 comments:

Post a Comment