Searching...
22:57 0

Pelakon Filem Tokak & Drama Spanar Jaya Antara Mangsa Nahas MH17



Pelakon Filem Tokak & Drama Spanar Jaya Antara Mangsa Nahas MH17

Pelakon drama Spanar Jaya yang pernah popular satu masa dulu merupakan antara penumpang MH17 yang terhempas di Ukraine.

Shuba Jaya dan suami bangsa Belanda bersama anaknya berusia hampir 2 tahun antara penumpang pesawat MH17 dan disyaki terkorban.

Shuba Jaya pernah berlakon dalam drama Spanar Jaya, Gadis 3 dan filem terakhirnya ialah Tokak yang ditayangkan pada Jun tahun 2013.

Shuba juga merupakan pelakon teater dan koreografer selain pernah terlibat dalam rancangan Mari Menari.

Shuba berkahwin dengan Paul Goes dan mempunyai seorang anak bernama Kaela. 

Yang paling menyedihkan, mereka sekeluarga baru balik dari melawat keluarga Paul Goes yang mana ini kali pertama Kaela pulang ke kampung neneknya di Belanda.

Takziah buat keluarga dan sahabat Shuba Jaya.

Baca juga:
6 Ahli Keluarga Hattan Dalam Pesawat MH17 (baca sini)

Gambar Shuba Jaya dibawah:


Shuba, Kanan Sekali 
Shuba berlakon dalam TOKAK





Shuba dan suami bersama anak






0 comments:

Post a Comment