11:06 14

Shopping Mall Misteri Ditinggalkan Jadi Kolam Ikan Eksotik

Shopping Mall Misteri Ditinggalkan Jadi Kolam Ikan Eksotik


Ini merupakan kisah benar dan menjadi legenda di sebuah daerah di Bangkok. 

Pada tahun 1997, sebuah pusat beli belah mempunyai 11 tingkat dikatakan telah melanggar undang-undang. 

Ini mengakibatkan 7 tingkat atas shopping mall ini terpaksa dirobohkan atas sebab undang-undang tidak membenarkan mana-mana bangunan tinggi melebihi 4 tingat hanya kerana ada istana di kawasan tersebut.

Selepas dirobohkan bahagian atas, pada tahun 1999 pula, berlaku kebakaran yang mengakibatkan kematian. Ini dikatakan berpunca dari sifat cemburu competitor dan pesaing shopping complex tersebut. Dan sejak dari itu, mall ini dibiarkan dan ditinggalkan begitu dengan bahagian bumbung yang terlopong.

Pada tahun 2003 nyamuk membiak dan begitu banyak di kawasan itu dan menyebabkan ketidakselesaan pada penduduk sekitar. Rupa-rupanya aras ground shopping mall itu telah menjadi kolam kerana takungan air yang masuk kerana ada bahagian yang tiada bumbung.

Untuk menghalang pembiakan nyamuk dariapda berleluasa, penduduk sekitar meletak beberapa ekor ikan dalam kolam itu. Selepas beberapa ketika, nyamuk semakin berkurangan. Cara ini ternyata berhasil.

Sejak dari itu, ikan-ikan mula membiak. Ikan-ikan pula jenis eksotik seperti koi, catfish dan membesar dan membiak dengan cepat. 

Kisah kolam ini hanya dirahsiakan dan diketahui oleh penduduk kawasan berdekatan sahaja. Namun ada pihak menyebarkannya di Facebook dan mula menjadi tumpuan orang ramai. Sehingga ada ikan koi dan mewah ini yang besar dicuri dan ditangkap.

Pihak berkuasa tempatan akhirnya menutup akses ke bangunan tersebut atas faktor keselamatan kerana bangunan itu telah usang. Satu kajian akan dilakukan dan jika hasil kajian mendapati bangunan itu tidak selamat, ia akan dimusnahkan dan ikan-ikan itu akan dipindahkan.

sumber: Carigold








14 comments:

  1. hullamak rugi buat ini kompleks

    ReplyDelete
  2. Kira semua ikan tu mau berjuta semuaa harga nya ...

    ReplyDelete
  3. dia bina shopping mall u ikan sebenarnya

    ReplyDelete
  4. this is rare

    ReplyDelete
  5. wow its amazing. apepun yg penting ikan tu dipindahkan :)

    ReplyDelete
  6. Tuah ikan sp yg tahu.. hoho

    ReplyDelete
  7. Ada kisah mcm ni kat Nat Geo, kalau dah mcm ni punya banyak, mesti hidup dengan makan sama sendiri. Nyamuk plak confirm la da takde...

    ReplyDelete
  8. Memang boleh sangat buat duit. Jual je la ikan-ikan tu semua.

    ReplyDelete
  9. Sepatutnya penduduk2 yg punya ikan tersebut~sebab diorang yg lepas kat situ

    ReplyDelete