05:53 0

Takziah, Sharifah Aini Meninggal Dunia

Takziah, Sharifah Aini Meninggal Dunia


Datuk Sharifah Aini atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah meninggal dunia awal pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada usia 61 tahun.

Sharifah Aini menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat komplikasi dari jangkitan pada paru-paru.

Ini kata Chef Wan:
Salam good morning.Just got the new on the passing away of our favorite Singer Datuk Sharifah Ani peacefully at 1.26am this morning.May Allah SWT grant her the very best place in paradise amin. Entah la the last 2 days some how my heart ni terasa mcm tak sedap with whats happening with her. So sad to hear this new. 

Jenazah Sharifah Aini akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail TTDI pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor.

Pada mulanya Sharifah Aini dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Kemudian beliau telah dimasukkan ke unit rawatan rapi di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada Selasa. 

Salam TAKZIAH buat keluarga Sharifah Aini. Doakan untuk Sharifah Aini. Al Fatihah






0 comments:

Post a Comment