19:44 0

80 Gambar Urusan Pengebumian Jenazah MH17, Malaysia Berkabung

80 Gambar Urusan Pengebumian Jenazah MH17, Malaysia Berkabung

Inilah antara koleksi gambar urusan jenazah MH17 yang tiba hari ini.

Dua puluh kenderaan yang membawa jenazah mangsa nahas MH17 melintas lalu di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus selepas negara bertafakur seminit pada pukul 10.54 pagi untuk menghormati kumpulan pertama jenazah warga Malaysia yang dibawa pulang hari ini.

Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 itu mendarat di KLIA pada pukul 9.54 pagi ini selepas 12 jam perjalanan dari Amsterdam, Belanda.

Tujuh belas keranda dan tiga bekas abu mayat dibaluti Jalur Gemilang, tanda penghormatan tertinggi negara dan dibuat secara penuh istiadat ketenteraan.

Tafakur selama seminit diadakan sebagai tanda menghormati mangsa sebelum kenderaan jenazah meninggalkan kompleks itu untuk menuju ke kampung halaman mangsa atau ke tempat pengurusan jenazah dan seterusnya dibawa ke tanah perkuburan. - bernama-
































































0 comments:

Post a Comment