16:05 0

Ahmad Idham Dikritik Gelar Penonton Tin Kosong


Ahmad Idham Dikritik Gelar Penonton Tin Kosong



Ahmad Idham menjadi tumpuan apabila filem barunya Tembus tidak laku dan kritik penonton yang sudah menonton filem itu.

Sehingga Ahmad Idham menggelar mereka yang mngkritik di laman sosial ini sebagai "Tin Kosong".

Ini kata Ahmad Idham kepada mStar:
"Saya malas nak layan pengkritik-pengkritik filem di laman sosial itu, mereka bukan mengkritik sebaliknya hanya memburuk-buruk dan mengutuk filem tersebut sahaja.

"Saya gelar mereka sebagai tin kosong kerana mereka tidak mempunyai sebarang ilmu dalam bidang ini dan tidak layak untuk meletakkan taraf filem saya di tahap mana,"

"Saya akui kutipan filem ini agak lembab dan baru mencecah RM400,000 selama seminggu ditayangkan, filem ini sebenarnya hanya eksperimen saya untuk menguji pasaran filem tempatan. Saya mahu tengok sambutan filem terhadap filem berat dan drama seperti ini.

"Ternyata penonton Malaysia masih lagi mahukan filem yang ringgan dan santai. Kalau diikutkan ramai pengkritik filem yang hebat memberi bintang lebih kepada filem Tembus berbanding Mat Tudung,"

Sebelum itu Ahmad Idham ada membalas kritikan di laman twitter. Ramai yang tak puas hati kerana Ahmad Idham menggelar seseorang tin kosong.

Lihat di bawah:




0 comments:

Post a Comment