15:22 0

Aliff Aziz Cetus Kontroversi, Hilangkan Diri, Diburu Sony Music

Aliff Aziz Hilang

Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz kini dikatakan menghilangkan diri. Aliff Aziz tidak dapat dihubungi oleh pihak pengurusannya sendiri.

Kejadian ini disahkan sendiri oleh Sony Music yang hampir sebulan mencari Aliff Aziz namun gagal. Ini menyebabkan karier dan jadual Aliff terganggu dengan persembahan nyanyian dan pelbagai kegiatan seni Aliff Aziz dibatalkan Sony Music.

Ini kenyataan dari pihak Sony Music (mStar):

"Buat masa ini pihak kami masih cuba menghubungi Aliff namun tiada sebarang maklum balas dan difahamkan dia kini berada di Singapura.

"Kali terakhir pada Hari Raya kelima lalu dia meminta agar diberi masa untuk selesaikan masalah peribadi, namun tidak diberitahu berapa lama dan apakah masalah berkenaan,"

Semoga urusan Aliff Aziz selesai dan selamat.

0 comments:

Post a Comment