21:38 0

Askar USA Kencing Mayat Tentera Taliban, Ditemui Mati

Askar USA Kencing Mayat Tentera Taliban, Ditemui Mati 


Terbaca di SiakapKeli.com tentang satu berita yang berlaku kepada seorang askar Amerika, seorang bekas penembak tepat yang kencing pada mayat pejuang Taliban, telah ditemui mati Jumaat lalu.

Sharpshooter Koperal Robert Richards yang menimbulkan kontroversi kerana satu video di Youtube pada 2012 telah ditemui mati oleh isterinya di rumah mereka di Jacksonville minggu lepas.

Peguam askar tersebut memberitahu, siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau bunuh diri dalam kes kematian askar Amerika berkenaan. Punca sebenar kematian dikatakan berpunca dari ubat yang diambil oleh Richards.

Satu video panas dimuat naik ke YouTube yang menunjukkan askar Amerika membuang air kecil pada tiga mayat pejuang Taliban.

Padah menimpa Richards apabila dikecam dikecam masyarakat antarabangsa dan menaikkan kemarahan di Timur Tengah. Richards akhirnya diturunkan pangkat.


0 comments:

Post a Comment