Searching...
09:08 2

Eina Azman Bakal Kahwin Datuk Paduka


Eina Azman Bakal Kahwin Datuk Paduka


Pelakon remaja wanita yang dilanda kontroversi dengan Afiq Muiz, Eina Azman akhirnya mendedahkan dia bakal bernikah dengan seorang datuk jejaka Sikh pada akhir tahun ini.

Lelaki berpangkat datuk yang berjaya menambat pelakon ini ialah Datuk Paduka Gurmet Singh. Gurmet Singh seorang jejaka keturunan Sikh yang kii berumur 35 tahun.

Ini komen Eina Azman:
“Awal perkenalan kami biasa-biasa saja dan ia bukanlah cinta pandang pertama. Perasaan sayang dan cinta hadir secara perlahan-lahan kerana Gurmet lelaki bertanggungjawab, matang dan suka menasihati saya. Situasi yang amat berbeza apabila saya berkawan dengan orang muda yang banyak berangan-angan. Kedua-dua belah keluarga juga merestui hubungan kami,” 

 “Saya tidak membuat keputusan untuk berkahwin ini secara tergesa-gesa… Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang boleh dibuat main. 

 “Sebaliknya kepurusan ini dilakukan setelah saya berfikir dengan mendalam… Sama ada lambat atau cepat, saya tetap akan berkahwin juga suatu hari nanti. 

 “Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana… Saya sudah serik dikaitkan dengan kontroversi dan saya harap semoga perkahwinan ini akan membuatkan hidup saya lebih aman dan tenteram.” katanya kepada wartawan Harian Metro.

Walaupun berbezaan agama dan jurang usia yang besar bukanlah menjadi halangan buat mereka. Kini ibunya turut membantu teman lelakinya mengajar agama Islam.



2 comments:

  1. sakai.....cakap je la pasal die banyak duit.....bertanggungjawab konon.....senyum pon x pandai.....

    ReplyDelete
  2. gurmet singh ni sape ? pelakon phua chu kang tu ke ?

    ReplyDelete