10:29 0

Eja & Noryn Aziz Dirompak Guna Parang, Rugi RM 30 Ribu


Eja & Noryn Aziz Dirompak Guna Parang, Rugi RM 30 Ribu


Pelakon Eja dan juga penyanyi Noryn Aziz dirompak oleh 4 orang lelaki dengan menggunakan parang. Kejadi berlaku di rumah Noryn Aziz di Damansara.

Jom dengar cerita dari mulut mangsa sendiri iaitu Noryn Aziz.

Ini cerita dari Noryn:
"Saya sudah masuk ke dalam (rumah) apabila tiba-tiba dengar jeritan Allahuakbar. Saya sangkakan kemalangan di depan rumah. Saya keluar rumah dan tengok kawan-kawan dikepung beberapa lelaki sedang mengacukan parang kepada mereka.”

“Bayangkan ketika kita buat majlis, mereka (perompak) berani buat perangai. Sebaik saya masuk rumah, tiba-tiba dengar jeritan dan bila jenguk luar, beg tangan dan barang-barang kawan-kawan saya sudah dirampas.

“Memang panik dan huru-hara jadinya. Mereka (kawan-kawan) semua meluru masuk semula ke dalam dan kami kunci pintu.

“Rupa-rupanya perompak itu sempat ikut dan gegar pintu rumah. Bila dah makin kecoh, mereka(perompak) semua sempat lari,” 

sumber: Metro



0 comments:

Post a Comment