Searching...
14:45 0

Punca Johan Asari Menangis


Punca Johan Asari Menangis 

Pelakon Johan Asari berkata populariti yang diterima membuatkan dirinya lupa diri. Namun kini ketika berada di Thailand, pelakon ini menangis setelah muhasabah diri dan meminta keampunan dari Allah.

Ini kata Johan kepada mStar:
"Ya, pagi tadi (Selasa) saya benar-benar sedar dan menangis meminta keampunan daripada Allah S.W.T. Selama ini Allah banyak kali beri teguran melalui beberapa kejadian yang menimpa saya, namun hati saya sudah mati dan tidak menyedarinya.

"Alhamdulillah ketika bangun pagi tadi tiba-tiba saya rasakan taufik dan hidayah Allah meminta saya bertaubat untuk kembali ke jalanNya semula.

"Saya berniat untuk kembali semula untuk belajar seperti dahulu dan mendalami ilmu agama agar hati saya tidak tersasar,

Johan Asari kini berada di Krabi, Thailand dan sedang menjalani penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi. Antara pelakon lain yang terlibat ialah Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid.

Semoga Johan Asari berjaya di dunia dan akhirat.



0 comments:

Post a Comment