19:00 0

Raja Farah Cerita Masalah Rumahtangga Dihadapinya

Raja Farah Cerita Masalah Rumahtangga Dihadapinya


Pelakon Raja Farah bercerita tentang masalah rumahtangga yang dialaminya.

Ini ekoran ada ura-ura mengatakan perkahwinan Raja Farah sedang retak menanti belah.

Raja Farah dikatakan kerap dilihat bersendirian ketika keluar tanpa ditemani suami. Dan ada juga berkata mereka berdua sudah lama tidak berjumpa sehingga selama 2 bulan.

Ini kata Raja Farah (sinar harian):

"Sejak tahun 2011, saya dan suami sudah sering berjauhan kerana suami adalah jurulatih selam skuba di Pulau perhentian, Terengganu manakala saya pula menetap di Kuala Lumpur.

"Tapi, sejak Januari lalu, saya mengambil keputusan untuk berpindah ke Pasir Mas, Kelantan kerana mahu lebih dekat dengan suami.


"Tahun lepas adalah waktu paling genting dalam hubungan kami kerana kami sering berjauhan. Sehingga ada pada satu ketika, pernah 2 bulan kami tidak sempat berjumpa.


"Jadi, orang melihat saya jarang bersama suami dan lebih banyak keluar bersendirian atau ditemani ibu, kemudian timbul macam-macam andaian. Saya mohon, doakanlah yang terbaik untuk kami sekeluarga," 


Raja Farah akui memang ada berlaku perselisihan faham di antara mereka suami isteri, tetapi itu pergaduhan kecil yang biasa sahaja. Dan pergaduhan itu tidaklah bermakna ianya menjadi perkara yang besar sehingga membawa kemudaratan kepada mereka berdua.

Ini tambah Raja Farah:
"Banyak konklusi boleh dibuat dan orang juga boleh kata apa saja, cuma apabila ia berkaitan dengan hal peribadi, saya lebih suka mendiamkan diri.

"Jika ada yang ingin tahu, datang bertanya dan saya boleh menceritakannya.


"Alhamdulillah, setakat ini, saya dan suami tiada apa-apa masalah besar yang boleh membawa kepada keputusan yang tidak diingini,"


Semoga Raja Farah dan suami bahagia sentiasa. InsyaAllah nanti mana tahu rezeki dariNya, dapat anak.

Sebelum ini Raja Farah pernah mengejutkan industri hjiburan apabila terlibat di dalam kemalangan ngeri (baca sini)


0 comments:

Post a Comment