Rita Rudaini Bicara Tentang Bakal Suami & Berang Dengan Aidil Zafuan
Bicara Tentang Bakal Suami
Rita Rudaini kini masih bersendirian menjaga anak-anak. Bagi Rita anak adalah fokus utamanya. Akui Rita dia sejujurnya tidak menyedari jika ada lelaki cuba mendekatinya kerana masanya sering dihabiskan bersama kedua-dua anak lelakinya itu.
Ini kata Rita Rudaini:
"Saya bukan orang yang pergi melepak bersama kawankawan. Fokus saya kalau saya kerja, pergi kerja dan terus balik rumah. Apabila balik rumah tengok anak-anak, saya sudah cukup rasa bahagia.
"Bahkan keutamaan saya kini adalah untuk bekerja dan mencari duit demi keselesaan anak-anak,”
Berbicara tentang bakal suami, Rita Rudaini tidak kisah andai bertemu jodoh sekali lagi selepas ini, dan tidak trauma untuk berkahwin lagi. Bagi Rita Rudai, yang penting, dia berharap bakal suaminya itu menyayangi anak-anak lebih daripada dia menyayangi Rita.
Ini bicara Rita Rudaini tentang bakal suaminya:
"Soal umur saya memang tidak kisah. Tua atau muda kerana itu memang jodoh kita. Tapi apa yang penting matang dan dia menyayangi anak-anak saya sepenuh hati lebih daripada dia menyayangi saya,"
Bengang Dengan Aidil Zafuan
Rita juga berang dengan Aidil Zafuan kerana langsung tidak memberi wang belanjya sempena raya kepada anak-anaknya.
Ini kata Rita Rudaini:
“Sehingga kini dia langsung tidak memberi duit belanja atau persiapan raya untuk anak-anak. Saya bukanlah hendak berkira kerana masih lagi mampu, tetapi itu merupakan salah satu tanggungjawabnya sebagai seorang bapa,”
“Saya tidak pernah halang kalau dia hendak beraya dengan Rayyan dan Qaqa, tetapi saya rasa sangat kasihan dan kerap menangis apabila mengenangkan nasib anak-anak,”
Apapun semoga Rita Rudaini bahagia bersama anak-anak. Dengar perniagaan Rita Rudaini juga semakin maju. Syukur alhamdulillah.
Baca juga:
Anak Rita Rudaini bakal dapat adik tiri, Zarema Zainal mengandung (BACA SINI)
Sumber: Sinarharian & kosmo
Tu bkn adik tiri lah. Tu adik kandung sebapak. Half sibling ok
ReplyDelete