Seorang Lagi Pelakon Dapat Dato' Dari Naning Cetus Kontroversi
Seorang lagi pelakon iaitu Raja Azrey telah menerima title atau pangkat Dato dari kerajaan Naning mencetuskan sedikit kontroversi apabila meggunakan nama "Dato Raja Azrey" di dalam sebuah poster arahannya.
Ini kerana ada yang mempertikaikan anugerah dan pangkat yang diberikan oleh kerajaan Naning berkenaan seperti yang pernah berlaku kepada Boy Iman, Nash dan Pian Cecupak.
Ternyata Raja Azrey akan menggunakan title Dato itu sekiranya di dalam majlis rasmi.
Ini kata Raja Azrey kepada mStar:
"Sebenarnya saya enggan menceritakan perkara ini kerana ia akan mengundang persoalan dan kontroversi kepada semua pihak.
"Saya faham pertikaian itu berpunca kerana mereka keliru dan tidak faham apakah tujuan pengiktirafan itu diberi.
"Apa-apapun, saya akan menggunakan gelaran Datuk bagi tujuan tertentu seperti kerja-kerja rasmi,"
"Bagi saya senang sahaja. Saya menerima pengiktirafan ini sebagai tanda menghargai pihak sana (puak Naning).
"Jika ada yang mempertikaikannya, tidak apa, saya tidak kisah. Dan jika siapa-siapa yang mahu tahu kebenarannya, silalah ke Istana Nan Panjang yang terletak di Simpang Empat, Melaka,"
Itulah kenyataan dari Raja Azrey yang akan muncul dengan teater terbarunya berjudul 3 Kali Sayang. Teater ini akan dipentaskan pada 30 Ogos di Auditorium MPAJ Pandan Indah.
0 comments:
Post a Comment