11:37 0

3 Tanda Besar Apabila Kucing Datang Minta Makan

3 Tanda Besar Apabila Kucing Datang Minta Makan


Kadang-kadang ketika sedang menjamu selera di kedai makan, kedai mamak atau restoren, ada kucing akan datang bergesel kaki dan mengiaw manja untuk minta makan.

Kadang-kadang kesian lihat kucing tu, ada yang tendang dan halau kucing-kucing itu. Ada juga pelanggan yang memberi sedikit makananan kepada kucing itu,sedikit lauk, ikan atau ayam. Ok la tu.

Sebenarnya ada 3 tanda besar kenapa kucing itu datang kepada kita. Nak tahu lebih lanjut, jom baca tanda-tandanya itu:

1) Allah sedang memberi tanda bahawa makanan kita, yang sedang kita makan itu, bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu meow datang pada kita.

2) Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

3) Allah sedang beritahu apabila kita tidak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.

Kucing sememangnya haiwan yang manja yang perlu kita sayangi. Rasulullah sendiri mempunyai haiwan kucing kesayangan di beri nama Muezza.


sumber: mymediahubonline



0 comments:

Post a Comment