10:33 0

Ajak Shiro Dan Karl Syafek Terlibat Di Dalam Kemalangan 3 buah Kereta

Ajak Shiro Dan Karl Syafek Terlibat Di Dalam Kemalangan 3 buah Kereta


Ajak Shiro dan Karl Shafek terbabit dalam kemalangan jalan raya di NKVE Kota Damansara. Kemalangan ini melibatkan 3 buah kereta iaitu Honda Accord (Ajak), Toyota dan Myvi (Karl Syafek).

Ini kata karl Stafek:

"Semasa kejadian itu saya dalam perjalanan ke Putrajaya dan tiba-tiba kereta depan berhenti mengejut sehingga saya tidak dapat mengelak.

"Ada tiga kereta termasuk kereta saya yang terlibat dalam kemalangan itu. Mengejutkan kereta pelawak Ajak (Shiro) turut sama terlibat. Dia pula ketika itu dalam perjalanan untuk pergi latihan Anugerah Lawak Warna di Shah Alam.

"Kemalangan tersebut juga menyebabkan lebuhraya tersebut mengalami jem teruk beberapa jam," 

"Saya tidak mengalami apa-apa kecederaan cuma kereta saya saja yang teruk pada bahagian depan dan enjin."

"Saya difahamkan ambil masa sebulan untuk dibaiki dan sekarang menjadi masalah kepada saya untuk bergerak ke mana-mana, jadual saya bulan ini pula padat dengan penggambaran," 

Sementara itu kereta Ajak, Hoda Accord paling kurang menerima impak apabila hanya geseran kecil sahaja dan kerosakan kecil.

Ini kata Ajak:

"Dalam keadaan jalan sesak, tiba-tiba sebuah kereta jenis Toyota telah melanggar belakang kenderaan saya. Selepas semuanya turun, saya dapati kereta Toyota itu dilanggar oleh kereta dipandu Karl Shafek. Bagaimanapun kami tak ada apa-apa, "



0 comments:

Post a Comment