21:46 0

Den Wahab Dedah Perangai Buruk Bapa Shila Amzah, ND Lala

Den Wahab Dedah Perangai Buruk Bapa Shila Amzah, ND Lala


Den Wahab tidak terkejut dengan perangai Shila Amzah yang kini mempunyai masalah dengan media di Malaysia.

Ini kerana Den Wahab juga mendedahkan perangai buruk ayahnya iaitu ND Lala yang seperti kacang lupakan kulit.

Ini kata Den Wahab kepada mStar:

"Bila saya tahu cerita tentang Shila yang menempelak media sebagai tidak menyokong kerjayanya, saya tidak terkejut langsung"

"Dia tidak sedar tindakan itu seperti kacang lupakan kulit dan merosakkan reputasi dia sendiri. Susah kalau orang sudah berada di puncak dan mereka selalu lupa orang yang tolong mereka ketika di bawah"

Den Wahab juga mendedahkan perangai ND Lala yang meminjam wang ketika susah namun tidak pernah membayarnya malah asyik mengelak diri dari bertemu Den Wahab.

ND Lala dikatakan ada meminjam RM 15 ribu dari Den Wahab pada tahun 2000 namun sehingga kini tidak membayar hutang tersebut walaupun sudah 14 tahun.

"Entahlah, kalau dia rasa hutang itu penting dia akan bayar. Saya sudah malas nak fikir dan berharap dia akan membayarnya walaupun dia sudah kaya sekarang.

"Tetapi bagi saya hutang tetap hutang dan saya tidak boleh lupa masa dia susah dulu merayu meminta tolong daripada kawan-kawan," 

"Saya tahu nilai tersebut tidak banyak tetapi sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya berpegang kepada janji.

"Apa yang saya kesal dia rosakkan nilai persahabatan dan orang yang ikhlas membantu dia ketika susah.

"Saya pernah ternampak ND Lala semasa satu persembahan di Istana Budaya dahulu, tetapi dia cuba mengelak selepas terserempak dengan saya," 

Den Wahab akui tidak menghalalkan hutang tersebut walaupun sudah lama berlalu.


0 comments:

Post a Comment