Gambar Fattah Amin Dan Sherry Ibrahim Sedang Dating, Hangat Bercinta
Pelakon Fattah Amin dan Sherry Ibrahim kini khabarnya sedang mengenali hati budi masing-masing dan dalam fasa bercinta.
Mereka berlakon bersama di dalam satu drama dan terus mulai rapat antara satu sama lain.
Ini komen dari Sherry Ibrahim:
"Pada mulanya saya hanya fokus pada kerja saja, namun secara tiba-tiba saja kami mulai rapat. Apa yang boleh saya katakan adalah kami memang rapat dan saya selesa berkawan dengannya walaupun dia lebih muda daripada saya"
Ini komen dari Fattah Amin:
“YA, kami sedang berkawan rapat. “Saya selesa berkawan dengannya dan kini kami dalam proses saling mengenali hati budi di antara satu sama lain,”
“Kami kenal sejak tiga bulan lalu, iaitu ketika sedang menjalani penggambaran telenovela Cinta Ibadah. Dia tidak sombong dan tidak kedekut ilmu serta senang hendak bawa bersembang. Itu yang membuatkan saya suka berkawan dengannya.
“Hubungan itu akhirnya terjebak hingga ke luar lokasi. Kami ada juga keluar melepak bersama-sama tetapi turut dihadiri dengan kawan-kawan."
Selamat mengenali hati budi masing-masing, mana tahu jodoh kan.
0 comments:
Post a Comment