Searching...
12:21 0

Hubungan Vanidah Imran Dan Rashidi Kian Parah, Tinggal Berasingan

Hubungan Vanidah Imran Dan Rashidi Kian Parah, Tinggal Berasingan 


Gosip tentang krisis rumah tangga pasangan selebriti Rashidi Ishak dan Vanidah Imran bukan pertama kali diperkatakan dan menjadi tumpuan.

Pertama berlaku pada Januari 2011 mereka pernah dilihat hadir ke Mahkmah Rendah Syariah untuk memfailkan perceraian namun hubungan mereka masih utuh.

Kemudian, filem Untuk 3 Hari, yang menyaksikan hubungan mereka bergolak keran terdapat lafaz cerai di dalam filem itu. Namun mereka telahpun disahkan suami isteri setelah hadir ke pejabat agama.

Yang terbaru sumber dari Harian Metro mendakwa pasangan ini sudah tinggal berasingan sejak beberapa bulan lalu.

Akhir-akhir ini mereka juga sudah jarang dilihat muncul bersama dalam beberapa majlis. Keadaan itu itu juga menjadi tanda tanya.

Ini komen Vanidah Imran kepada Harian Metro:

“Pergi semak (di mahkamah) kalau betul ada fail di sana ya,”

“Saya tak ada apa nak sorok (jika benar bercerai). Tapi kami tak perlu dedahkan kehidupan kami kepada masyarakat. Kami senang dengan ruang privasi kami,”

Itulah penjelasan ringkas Vanidah Imran.


0 comments:

Post a Comment