10:34 0

Ibu Shaheizy Sam Dedah Keadaan Kesihatan Masih Belum Stabil

Ibu Shaheizy Sam Dedah Keadaan Kesihatan Masih Belum Stabil 


Ibu kepada pelakon Shaheizy Sam memberitahu keadaan pelakon popular itu masih belum stabil akibat demam berpanjangan.

Shaheizy Sam kini berada di Hospital Ampang dan disyaki menghidap demam denggi.

Ini kata ibu Sam, Khaty:

"Sejak dimasukkan ke hospital itu, dia memang kurang selera makan dan minum. Cuma semalam, dia ada sedikit ceria dengan meminta makanan itu dan ini. Hari ini dia mula demam balik dan paras platelet turun balik. Sebagai ibu saya amat bimbang dengan keadaannya sekarang.

"Selama ini dia anak yang sangat bekerja kuat tanpa mengira masa dan tenaga. Bila dia jatuh sakit, baru nampak pengorbanannya selama ini. Saya akan tetap bersamanya sampai sihat, "

Mari sama-sama orang ramai agar mendoakan kesihatan anaknya agar cepat sembuh kerana pelakon itu masih belum stabil.


0 comments:

Post a Comment