Jimmy Bimbang Anak Terpengaruh Bekas Isteri Yang Gemar Berhibur Dan Merokok
Jimmy Shanley menyatakan dia bimbang anaknya, Zahra Rania Shanley yang kini berusia 2 tahun akan terikut dengan gaya hidup bekas isterinya yang terlalu gemarkan hiburan selain merokok dan dilimpahi kemewahan.
Jimmy Shanley bimbang anaknya tidak akan mendapat didiakan dengan baik dari ibunya, Nursuhaila Eliani Suhaimy.
Jimmy Shanley berkata kepada mahkamah, dia turut bimbang dengan kesihatan anaknya terjejas kerana bekas isterinya masih merokok.
Ini kata Jimmy:
“Walaupun dia pernah bersumpah dan mengaku tidak menghisap rokok lagi, namun pada sambutan ulang tahun kelahirannya, Nursuhaila Eliani masih merokok dan ia dirakamkan oleh orang awam,”
Jimmy kini sedang dalam perbicaraan mahkamah tentang kes anaknya. Bekas isteri ingin menghalang Jimmy dari bermalam bersama anaknya.
Ini tambah Jimmy:
“Jika hak itu dihalang, saya khuatir jika hubungan anak dengan saya selaku bapanya menjadi renggang,”
Menurutnya, dia bimbang sekiranya Zahra Rania Shanley membesar dan dimanjakan dengan kemewahan.
Inilah contoh anak menjadi mangsa apabila ibu bapa bercerai dan tidak mencapai kata sepakat.
0 comments:
Post a Comment