"Kami Sudah Lakukan Kesilapan...." - Aeril Zafrel
Pasangan suami isteri, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah didenda kerana berkahwin secara rahsia beberapa tahun lalu.
Aeril Zafrel ternyata mengaku bersalah dan akui tindakannya itu satu kesilapan dan tidak wajar dicontohi orang ramai.
Ini komen Aeril Zafrel:
“Apa yang kami lakukan ini tidak seharusnya ditiru sembarangan oleh masyarakat. Kami ambil keputusan itu dulu ada banyak sebab dan faktor tanpa kami sedar ia mengundang masalah lain.
“Kami sudah melakukan kesilapan dan menerima hukuman daripada kesilapan itu. Saya harap apa yang terjadi pada kami ini dijadikan pengajaran kepada semua,”
Sementara kes Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dengan penerbit David Teo masih belum selesai dan menemui jalan buntu.
0 comments:
Post a Comment