10:08 0

Konsert Shila Amzah Haram - Mufti Kelantan

Konsert Shila Amzah Haram


Konsert Shila Amzah dikatakan haram kerana mendapat tajaan syarikat JUDl.

Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang merupakan mufti Kelantan berkata, mereka yang beragama Islam itu kena sedar bahawa bekerja di bawah sumber yang haram dalam Islam adalah salah dan ditegah di sisi Allah.

Ini penerangan Mufti Kelantan (mStar):

"Konsepnya mudah sahaja. Dalam Islam, sekiranya gaji kita dibayar daripada hasil JUDl atau perkara-perkara haram yang lain, ia sudah dikira haram di sisi agama Islam melainkan orang itu tidak tahu daripada mana hasil pendapatan itu diterima.

"Walaupun seseorang itu ataupun artis berniat baik mahu mengadakan konsert buat peminat-peminat, tetapi caranya tidak betul (jika sumber yang diterima dariapda hasil yang haram.)

"Sebagai contoh, seseorang itu menganjurkan tarian b0geI, dengan niat mahu mengumpul dana untuk membina masjid. Niat dah betul, tetapi caranya salah," 

Mufti Kelantan itu diminta memberi pandangan tentang laporan sebuah akhbar pada Rabu yang melaporkan konsert seorang artis pada hujung minggu lalu mendapat tajaan sebuah syarikat JUDl.


0 comments:

Post a Comment