13:11 0

Pesanan Dayang Nurfaizah Tentang Perangai Shila Amzah

Pesanan Dayang Nurfaizah Tentang Perangai Shila Amzah


Penyanyi yang sudah 15 tahun menceburi bidang nyanyian iaitu Dayang Nurfaizah memberi pendapat dan memberi pesanan tentang isu yang berlaku kepada Shila Amzah.

Sepanjang bergiat di dalam industri seni, memang jarang berita buruk dan juga gosip liar yang ditulis tentang Dayang Nurfaizah.

Ini kata Dayang Nurfaizah kepada Gua:

"Secara umumnya, bagi saya sendiri, industri kita ini tidak besar mana pun. Pusing-pusing nanti, kita akan jumpa orang yang sama juga. Artis dan media perlulah ada hubungan yang baik. Masing-masing perlu menjaga hubungan,"

"Kalau ada yang tidak betul, sebagai artis kita perlu tegur, tetapi tidak patut diperbesarkan. Jika ada sebarang masalah, berhubunglah secara peribadi. Seperti contoh jika ada penulisan yang kurang tepat, artis sendiri perlu hubungi media yang menulis cerita tersebut untuk memperjelaskan keadaan dengan cara baik,"

"Hal tersebut juga tidak perlu dibesar-besarkan. Tidak perlu menghebahkan perkara itu menerusi platform media sosial seperti Twitter dan Instagram. Jika ada perkara yang kurang jelas dan tidak betul, lebih bagus untuk artis terus menghubungi pihak yang terlibat. Lebih baik minta penjelasan daripada bercakap belakang. Perkara tersebut juga tak perlu diperbesarkan,"

Memang betul juga kata Dayang Nurfaizah. Namun zaman sekarang, memang mudah artis meluahkan pendapat dan pandangan kerana media sosial amat berpengaruh apatah lagi artis yang popular dan mempunyai pengikut ribuan orang.

0 comments:

Post a Comment