20:12 0

Rumahtangga Raja Azmi Bergolak, Dah Tak Tinggal Sebumbung

Rumahtangga Raja Azmi Bergolak, Dah Tak Tinggal Sebumbung


Perkahwinan produser Raja Azmi dan suami, pemain gitar, Eddie CRK dikatakan mempunyai masalah dan sedang bergolak.

Masalah ini sudah hampir sebulan dan mereka suami isteri sudah sebulan tidak tinggal bersama-sama sebumbung.

Ini diakui oleh Raja Azmi sendiri ketika ditemubual portal Murai.

Ini kata Raja Azmi:
"Apa yang boleh saya katakan, buat masa ini saya dengan Eddie sedang membawa haluan masing-masing dan kami perlukan ruang untuk berfikir serta memperbaiki hubungan kami.

"Kenapa dan sebab apa perkara ini terjadi, saya tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi kami. Lagipun apa yang saya lakukan ini adalah demi menghormati pihak keluarga masing-masing.

"Selagi mampu bertahan, kami akan cuba bertahan serta berusaha sedaya upaya untuk perbaiki serta selamatkan rumahtangga kami. Apapun saya reda dengan segala ketentuan Allah SWT,"

"Tipulah saya kalau saya tidak kata saya sedih Setiap insan mengimpikan rumahtangga mereka kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Namun, dalam melayari kehidupan berumahtangga, kita sering diuji dengan pelbagai dugaan. 

"Berkahwin dan kemudian akhirnya bercerai adalah satu dugaan siapa-siapa yang berumahtangga. Dan, sebolehnya kita tidak digalakkan untuk bercerai dan sebolehnya, itulah yang cuba saya pertahankan buat masa ini. 

"Entahlah.... saya pun tak tahu nak kata apa lagi. Apa yang oleh saya katakan, saya hanya pasrah dan reda dengan waktu dan keadaan. Biar waktu yang menentukan segalanya. 

"Apapun, kita ini hanya mampu merancang, tapi Allah SWT yang menentukan segalanya. Kalau Allah SWT sudah tentukan jodoh kami tidak panjang dan kalau jodoh kami sudah cukup sampai di sini, saya reda,"

Semoga Raja Azmi dan suami dapat selesaikan masalah rumahtangga mereka ini. Mana tahu, salah faham ini dapat diatasi dan hubungan menjadi semakin akrab dan kuat.


0 comments:

Post a Comment