09:18 0

TERKINI: Pelakon Filem Diugut 2 Wanita Kerana Video Panas

TERKINI: Pelakon Diugut 2 Wanita Kerana Video Kontroversi


Pelakon Korea bertaraf Hollywood, Lee Byung Hun, yang juga merupakan suami kepada aktres Lee Min-jung telah diperas ugut oleh dua orang wanita.

Pelakon yang pernah berlakon dalam filem Hollywood iaitu G.I. Joe: Retaliation dan Red 2 itu membuat laporan polis kerana bimbang diugut wanita kerana sebuah video ketika ketika mereka berdua bersama dengan Lee Byung Hun yang sibuk bercerita tentang pengalaman hidupnya sambil minum. Mungkin isi kandungan video itu ada yang menyentuh isu sensitif dan juga rahsia peribadi pelakon popular itu.

Kedua-dua wanita itu telah dipanggil ke balai polis untuk siasatan dan mereka akhirnya mengaku memeras ugut pelakon popular itu. Jumlah yang diugut ialah 5 juta USD. Kalu convert duit Malaysia dalam RM 15 Juta.

Yang terbaru, pelakon hollywood, Lee Byung Hun baru selesai menjalani penggambaran fiem bajet tinggi Terminator 5:Genisys yang dijangka disiarkan di pawagam pada Julai 2015. Lee berlakon sebagai T-1000.


0 comments:

Post a Comment