"Tujuannya Mengganggu Keharmonian Rumah Tangga Kami" - Wawa Zainal
Isteri Aeril Zafrel yang juga bekas artis di bawah naungan MIG iaitu Wawa Zainal kembali memberi kenyataan terbaru tentang krisis melanda antara pasangan suami isteri ini dengan MIG.Melalui kenyataan terbaru ini, ternyata kisah pergaduhan masih belum selesai dan Wawa Zainal mahu dokumen penting termasuk sijil nikah dan surat beranak miliknya dipulangkan segera oleh pihak MIG yang "mencuri" kereta Swift.
Ini kenyataan Wawa Zainal:
"Saya mahu pihak MIG segera memulangkan sijil nikah, surat beranak, laporan kesihatan dan beberapa dokumen penting kami yang berada di dalam kereta itu."
"Saya sampai sudah malas mahu melayan 'permainan' pihak bekas majikan lama saya itu. Ada saja perkara yang sengaja ditimbulkan seolah-olah dibuat dengan tujuan mengganggu keharmonian rumah tangga kami.
"Sudah beberapa kali saya menegaskan bahawa saya tidak mahu kereta itu lagi. Saya juga tak kisah rugi sedikit dengan mengeluarkan duit simpanan sendiri untuk pembayaran pendahuluan dan ansuran bulanannya selama setahun.
"Tapi dalam soal ini, kenapa dia seperti baling batu sembunyi tangan. Walhal dia yang memulakan dulu, (mengambil semula kereta tanpa pengetahuan Wawa dan menyembunyikannya). Apabila ditanya cakap tak tahu apa-apa,"
"Kehilangan kereta itu juga menjadi titik permulaan kepada pendedahan berita perkahwinan kami dan kelahiran Attar seperti digembar-gemburkan hujung tahun lalu. Tapi tak payahlah nak tuduh siapa yang mendedahkan kepada khalayak.
"Sebab saya tidak kesal dimalukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mendedahkan cerita peribadi kami itu. Biarlah... cerita lepas tidak perlu dikenang,"
Nampaknya krisis ini memang susah nak diselesaikan oleh kedua-dua belah pihak yang tidak mahu mengalah dan saling tuduh menuduh.
sumber: Utusan
0 comments:
Post a Comment