Ustaz Kazim Elias Buka Mulut Isu Ramli MS Dan Alyah Dah Jatuh Talak
Baru-baru ini pernikahan Ramli MS dan Alyah akhirnya diketahui umum juga. Selama beberapa tahun hubungan mereka sering menimbulkan tanda tanya. Rupa-rupa pasangan selebriti ini sudah berkahwin setahun yang lalu.
Pernah juga wartawan bertanya tentang status mereka, tetapi dinafikan pasangan ini. Ini sehingga ada yang tertanya adakah menafikan perkahwin boleh jatuh talak?
Mari dengar jawapan Ustaz Kazim Elias (mStar)
"Selain itu, menafikan pernikahan kepada umum juga tidak akan jatuh talak sebaliknya ia dipanggil kategori Kinayah.
Untuk tambahan info, lafaz kinayah memerlukan niat. Jika anda berniat cerai, maka jatuhlah talak. Jika peristiwa itu berlaku dalam keadaan yg tegang atau menyembunyikan sesuatu tanpa niat, maka talak itu tidak sah di sisi ahli tahqeeq seperti Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan Syaikh Syaltut.
Ini pula tentang hukum memberitahu dan menghebahkan perkahwinan dari Ustaz Kazim Elias:
"Sebenarnya, perkahwinan kita sunat untuk diwar-warkan dan dengan itu kita juga disunatkan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing sahaja.
"Ini bererti, seekor kambing itu cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu,"
"Tak payahlah nak hentam pasangan itu. Mereka tidak bersalah, malah ada hak mahu merahsiakan perkahwinan itu.
Pesanan buat pasangan Ramli MS dan Alyah dari Ustaz Kazim Elias:
"Bagi pihak Ramli mahupun Alyah pula, mereka pun tidak perlu melatah kerana menjadi normal sebagai selebriti, masyarakat mahu tahu semua mengenai mereka,"
Baca juga: Kisah Terbongkarnya Pernikahan RAMLI MS & ALYAH (BACA SINI)
0 comments:
Post a Comment