11:09 0

4 Gambar: Pelakon Bertarung Nyawa Jalani Pembedahan


Pelakon Bertarung Nyawa Jalani Pembedahan


Bekas calon pelakon filem paling popular ABPBH 1993 iaitu Wafa Abdul Kadir yang kini berumur 48 tahun, bertarung nyawa dan telah menjalani pembedahan tulang belakang di bahagian leher.

Ini komen dari pelakon Betty Benafe, rakan karib Wafa Abdul Kadir: (mStar)

Alhamdulillah, lega hati saya apabila suaminya memberitahu pembedahan yang dijalani itu berjaya dan keadaannya stabil. 

Saya difahamkan, besi yang dipasang pada tulang leher Wafa pada dua tahun lalu tidak dimasukkan dengan betul dan kerana itu ia telah memberi kesan kepada organ lain. 

Oleh itu doktor terpaksa membuang semula besi tersebut dan membetulkan tulang leher itu. Ia merupakan satu pembedahan yang merumitkan,

Wafa memberitahu saya, jika dia tidak menjalani pembedahan, dia bakal berdepan dengan risiko hilang nyawa. Sekiranya menjalani pembedahan pula, kesannya juga tetap sama.

Dan andaikata Wafa selamat, dia mungkin akan lumpuh, hilang peti suara atau tempoh masa untuk sembuh akan memakan masa yang sangat lama. Jadi dia mengambil pendekatan untuk meneruskan pembedahan itu,

Wafa Abdul Kadir mengalami kemalangan jalanraya 2 tahun lalu menyebabkan dia telah menjalani pembedahan.

Antara filem lakonan Wafa Abdul Kadir ialah Azizah The Legend dan Pasukan Gerak Khas. Semoga Wafa cepat sembuh.



***UPDATE***
Wafa Abdul Kadir semakin sembuh dan  pulih. Alhamdulillah.


Ditulis oleh: 
-YUYA-
www.instagram.com/yuyaliyana
www.twitter.com/yuyaliyana

0 comments:

Post a Comment