13:27 0

SEMAKIN MELAMPAU! 4 Gambar Kanak-kanak Diikat Pengasuh Tersebar

SEMAKIN MELAMPAU! 4 Gambar Kanak-kanak Diikat Pengasuh Tersebar


Sekarang ini memang takut nak hanar anak-anak kecil kepada pengasuh. Pelbagai kes penderaan yang berlaku.

Walaupun bukan semua pengasuh yang tidak bertanggungjawab tapi sedikit sebanyak kes penderaan yang didedahkan amat menakutkan ibu bapa untuk menghantar anak ke pengasuh. Maklumlah budak tu bukan anak pengasuh. Main hentam je jaga janji duit masyuk.

Yang terbaru di Flat Taman Seri Pinang, Kepala Batas Pulau Pinang, seorang ibu yang datang mengejut ke rumah pengasuh anak lelakinya terperanjat besar kerana melihat anak lelakinya itu diikat.

Kanak-kanak itu baru berumur 3 tahun dtemui bunya dalam keadaan terbaring di atas lantai dan lagi menyedihkan tangan dan kaki diikat.

Ibu tersebut melawat secara mengejut ke rumah pengasuh kerana melihat anaknya sering kelaparan apabila diambil daripada rumah pengasuh tersebut.

Ini komen dari Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim (Ketua Polis Seberang Perai):

"Menurut ibu kanak-kanak itu, anaknya dihantar ke rumah pengasuh berkenaan pada 5.30 pagi semalam dan kira-kira lima jam kemudian dia pergi ke rumah pengasuh itu untuk melihat keadaan anaknya.

"Dia melihat anaknya dalam keadaan tangan terikat di belakang dan kaki turut diikat terbaring di atas lantai...ketika itu hanya anak pengasuh yang berusia 11 tahun berada di rumah,"

Sedikit info kejadian:

- Wanita berumur 39 tahun ditahan (pengasuh kanak-kanak itu)
- Beri alasan ikat kaki dan tangan kerana budak terlalu nakal
- Tiada kesan lebam atau penderaan
- Mula dihantar ke pengasuh itu pada Jun 2013, tiada sebarang sehingga kes ini berlaku.




0 comments:

Post a Comment