Tauke Raja Lawak Dah 10 Tahun Tak Jumpa Anak-anak
Pelawak yang sudah gah namanya iaitu Tauke Raja Lawak telah mengaku tidak beremu dengan 3 orang anaknya sejak 2004.
3 orang anaknya itu merupakan cahayamata bersama bekas isteri pertama dan Tauke langsung terputus hubungan sudah hampir 10 tahun lamanya.
Ini komen Tauke Raja Lawak: (gua)
“Saya tidak bertemu anak-anak saya semenjak tahun 2004. Saya memang terputus hubungan dengan bekas isteri yang menjaga tiga orang anak saya."
"Tiga orang anak saya itu adalah menerusi perkahwinan pertama saya. Saya sangat rindu dengan anak-anak saya. Saya memang tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka,”
Tauke Raja Lawak pernah terjumpa dan cuba hubungi satu profile anaknya melalui laman sosial Facebook namun pelawak ini terus disekat/diblock.
Ini tambah Tauke:
“Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka & berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti,”
Tauke Raja Lawak bakal beraksi di Maharaja Lawa Mega 2014 bersama Zizan dan Yus membentuk team Virus.
0 comments:
Post a Comment