Searching...
10:03 3

Adlin Aman Ramlie Bengang, Saman Filem Saloma Arahan Melissa Saila

Adlin Aman Ramlie Bengang, Saman Filem Saloma Arahan Melissa Saila


Pengarah dan pelakon Adlin Aman Ramlie akan menfailkan saman terhadap filem biopik Saloma yang ditayangkan di saluran Astro.

Adlin Aman Ramlie merupakan anak kepada A R Tompel dan juga isteri terakhirnya Ruminah Sidek. Anak A R Tompel yang popular selain Adlin ialah A R Badul dan juga Amran Tompel.

Keluarga A R Tompel bengang dengan sisi gelap dan negatif yang ditunjukkan kepada arwah A R Tompel.

Adlin Aman Ramlie mewakili keluarga memberi kenyataan berikut:

“Paparan sikap hitam yang digambarkan terhadap Allahyarham bapa adalah satu eksploitasi yang jelas dan meninggalkan kesan negatif kepada penonton. Ia bukan saja prejudis, tidak adil dan berat sebelah, malah mempunyai niat tertentu untuk memburukkan Allahyarham”

“Saya mewakili keluarga mengutuk sekerasnya paparan yang diberikan kepada Allahyarham dalam telefilem itu. Ia jelas menunjukkan individu di sebalik pembikinan karya itu tidak bertanggungjawab kerana paparan negatif itu diambil berdasarkan cerita sebelah pihak tanpa merujuk kepada waris”

“Saya amat kecewa dan terguris kerana orang di sebalik naskhah itu dekat dan rapat dengan saya tetapi mengapa mereka memilih untuk memaparkan Allahyarham bapa secara prejudis tanpa merujuk kepada semua warisnya terlebih dahulu,”

Filem biopik kini sedang ditayangkan di saluran Astro First hasil lakonan dari Nabila Huda, Tony Eusof dan Azhan Rani sebagai A R Tompel. ~metro


3 comments:

  1. Kenapa perlu merujuk sedangkan biopic ni adalah biopic Saloma..? Its not titled as biopic of Saloma n Closed Ones.. so wth...

    ReplyDelete
  2. Yes..rujukan memang perlu lebih2 lagi the real man on this story has past away..rujukan dari waris atau keluarga memang perlu untuk menjaga sensitiviti sesetengah pihak..mariani adalah kakak puan sri saloma dan mungkin tahu sedikit latar belakang ar tompel..tapi bukankan lebih elok jika dirujuk sama pada ruminah sidek?
    She is tompel wife and mother to his sons..kadang kadang apabila buat film mesti ada tokok tambahnya untuk jadikan jalan cerita lebih menarik..by the way this movie is doing very well..congratulation to all production crew and actors/actress..

    ReplyDelete
  3. Jangan kurang hajar sewenang2 menggambarkan mak bapak org lain sebagai buruk akhlak atau jahat perangai .. apa rasa jika sebaliknya org gambarkan mak bapak kita sbg buruk akhlak dan jahat perangai .. bolih terima ke? Allah SWT bagi kita kapla hotak utk fikir maka jika kita tak fikir maka serupalah dgn kita tak ada kapla hotak .. betul tak?

    ReplyDelete