Searching...
09:46 0

Anak Mangsa Maut Di Terowong Menora Cerita Pengalaman Ngeri

Anak Mangsa Maut Di Terowong Menora Cerita Pengalaman Ngeri


Satu kemalangan ngeri berlaku pada pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu.

Antara mangsa ialah 5 sekeluarga yang gambar selfienya menjadi viral. Mangsa yang maut ialah Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20. Mereka berdua maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan.

Adik beradik tersebut ialah pemandu kereta, Muhammad Yusriman, 23, abangnya Muhammad Yusrizal, 25, yang duduk di sebelah pemandu mengalami cedera ringan manakala adik mereka Siti Yusliana, 12, mengalami luka di bahagian tumit kaki.

Ini kata pemandu Yusriman:

"Bunyi kuat sangat, saya rasa pemandu treler itu tidak membrek. Adik-beradik menjerit dan cermin pecah,"

"Kami sekeluarga dalam perjalanan pulang dari Bukit Sentosa, Rawang, ke Lenggong...mak dan ayah orang sana," 

"Kejadian berlaku di kawasan menuruni bukit apabila sebuah treler dipercayai hilang kawalan merempuh sebuah kereta yang dinaiki lima sekeluarga," 

Takziah buat mereka sekeluarga. Mari sedekah doa dan juga al fatihah.


0 comments:

Post a Comment