09:22 0

Awie Kini Mudah Menangis


Awie Kini Mudah Menangis


Sejak dilanda badai rumahtangga dengan isteri Rozana Misbun, pelakon yang juga penyanyi rock Awie kini mudah menangis kerana anak-anak.

Mungkin dulu Awie seorang yang penyanyang dan tegas namun kini jika memarahi anak, Awie akan menangis.

ini kata Awie (BH):

"Saya tak boleh marah anak dan kalau saya begitu, saya akan cepat mengalirkan air mata. Apa jadi pada waktu mendatang, saya akan tetap pertahankan anak saya. Anak nyawa saya. Saya kerja keras mencari rezeki ini demi mereka," 

Awie mempunyai 5 orang cahaya mata iaitu Puteri Aleeya Antasha, 14, Puteri Aleefa Antasha, 12, Putra Ahmad Merrah, 7, Putra Ahmad Rezzki, 6, dan Puteri Qasseh Antasha, 4.

Dalam pada itu, rezeki Awie kini semakin murah walaupun dilanda kontroversi. Dia kini sibuk dengan teater SuperMokh sebagai Mokhtar Dahari dan ada juga menerima beberapa tawaran berlakon termasuk filem dengan pengarah Mamat Khalid.


0 comments:

Post a Comment