09:20 0

Farez AF Tak Puas Hati Terkeluar, Jangan Bertindak Ikut Emosi Tak Stabil - Kata Hattan


Farez AF Tak Puas Hati Terkeluar, Jangan Bertindak Ikut Emosi Tak Stabil - Kata Hattan

Bekas peserta Akademi Fantasia musim baru 2014 iaitu Farez telah terkeluar awal-awal lagi dari pentas apabila menerima undian terendah.

Terbaca di MURAI, Farez telah melahirkan rasa tidak puashati dan kecewa apabila terkeluar selain mengatakan penyingkirannya tidak wajar.

Dato Hattan, pengetua AF2014 telah memberi komen tentang hal ini. Baca komen Hattan di bawah:

"Saya pada mulanya memang tak tahu, sebab saya tiada Twitter, isteri saya yang beritahu saya. Bagi saya Farez mahupun pelajar AF yang lain, kena faham konsep undian adalah 100% kehendak penonton, bukan keputusan juri"

"Bagi saya tak perlu nak beremosi, Farez boleh telefon saya kalau mahukan nasihat, bila-bila masa sahaja saya boleh bagi pendapat. Dia masih muda, banyak lagi yang perlu dia belajar, jangan bertindak mengikut emosi yang tak stabil," 

Kalau dilihat dari segi nyanyian di pentas AF2014 ini, 4 orang peserta yang boleh pergi jauh iaitu Ewal, Firman, Nuha dan Adel.


0 comments:

Post a Comment