09:47 0

Gambar Nabil Jadi Viral Di Singapura


Gambar Nabil Jadi Viral Di Singapura


Hari Jumaat yang lepas Nabil Ahmad telah menjadi hos Anugerah Planet Muzik (APM2014) yang diadakan di Singapura.

Sememangnya Nabil boleh dikira berjaya menghoskan anugerah itu disamping menghiburkan orang ramai dengan lawak-lawaknya.

Namun yang menjadi perhatian ialah sekeping gambar Nabil sebelum acara atau majlis anugerah itu berlangsung telah menjadi viral di Singapura.

Gambar Nabil sedang solat sebelum acara APM2014 bermula telah dimuatnaik oleh seorang deejay Singapura dan gambar itu mendapat pujian orang ramai.

Nampaknya walaupun Nabil sudah berjaya, kawajipan sebagai umat Islam tetap dilaksana walaupun sibuk bekerja. Tahniah buat Nabil. Mana tahu selepas ini isteri tercinta Zira pula berhijab, memang lagi gembira la Nabil.

Nabil solat dulu sebelum acara bermula

0 comments:

Post a Comment