22:54 4

Hanez Suraya Sedih Kini Diboikot Stesen TV, Tiada Tawaran Berlakon

Hanez Suraya Sedih Kini Diboikot Stesen TV, Tiada Tawaran Berlakon


Pelakon kontroversi Hanez Suraya kini dikatakan ditolak dan diboikot stesen televisyen. Apabila melihat namanya sebagai calon pelakon terus namanya ditolak mentah-mentah.

Hanez Suraya akui kurang menerima tawaran berlakon selepas isu dia merampas suami orang iaitu Romie.

Kini pelakon cantik ini dikatakan merayu untuk diberi ruang dan peluang kedua. Ini luahan hati Hanez Suraya:

Benda sudah berlaku, tiada guna untuk saya menyesal kerana semua itu berpunca daripada kesilapan sendiri. Salah saya kerana terlalu terbuka, tanpa memikirkan kesan jangka panjang. Cuma saya terkilan apabila terus dihukum kerana kesilapan semalam sehingga ruang untuk saya kembali berkarya semakin sempit. Memang saya berdosa tetapi wajarkah saya dihukum hingga langsung tidak diberi peluang meneruskan minat dalam bidang seni?

Setiap orang berhak mendapat peluang kedua untuk memperbetulkan semula kesilapa tetapi mengapa saya tidak diberi kesampatan itu? Saya tidak mengeluh sebaliknya berharap mereka yang mempunyai kuasa untuk memberikan semula kesempatan bagi saya membuktikan kesungguhan sebagai pelakon.

Penerbit tidak pernah lupa malah masih menghulurkan tawaran, tetapi pada saat akhir nama saya digugurkan kerana bimbang kemunculan memberi kesan kepada rating sesebuah drama. Saya bermula dari bawah, merangkak untuk membina nama, namun kerana kesilapan lantaran terlalu mengikut kata hati, itu semua musnah.

Saya tidak menafikan perasaan rindu untuk kembali ke lokasi penggambaran semakin tebal. Pernah juga saya merisik khabar daripada penerbt yang rapat, mereka yang masih memberikan sokongan, tetapi apa daya mereka jika nama saya tidak diluluskan oleh stesen televisyen. Sesetengah pihak dengar saja nama Hanez Suraya, terus ditolak. Berikan saya ruang untuk membersihkan nama dan menebus semua kesilapan lalu. - BeautifulNara


4 comments: