10:08 0

Kakak Hentam Melissa Saila, Kecewa Dengan Filem Saloma


Kakak Hentam Melissa Saila, Kecewa Dengan Filem Saloma 


Kakak kepada Melissa Saila, Rozita Rohaizad turut meluahkan kekecewaan tentang filem biopik yang menjadi tumpuan hangat iaitu Saloma.

Rozita Rohaizad ternyata kecewa dengan filem Saloma yang membuka banyak aib orang di dalam filem ini. Kakak Melissa Saila ini mengatakan adiknya ini tidak patut membuka aib AR Tompel dan juga Saloma.

Rozita Rohaizad mengatakan tidak patut menyiarkan watak Saloma yang seperti tidak sayang dengan anaknya dan juga berdendam dengan Norizan. Norizan juga merupakan isteri P.Ramlee.

Ini kata Rozita Rohaizad:(SinarHarian)

“Sebenarnya, saya tengok filem itu sekali sahaja. Jadi tak ingat sangat babak dia. Namun sebagai seorang Islam, kita kena pegang pada ajaran agama, tak boleh papar aib orang,” 

“Saya ingat dia buat tribute macam dokumentari dengan cerita yang baik-baik sahaja. Selain tu, ibu saudara saya, Mimi Loma juga kurang senang menonton filem ini,” 

Filem biopik Saloma ini mengundang banyak kontroversi dan tentunya permohonan waris AR Tompel antara yang kes menjadi tumpuan minggu lepas.


0 comments:

Post a Comment