10:29 4

Memey Suhaiza Tak Sanggup Bermadu Dengan Abby Abadi

Memey Suhaiza Tak Nak Bermadu Dengan Abby Abadi

Terbaca di SinarHarian, ada artikel mengatakan Memey Suhaiza tidak sanggup untuk hidup bermadu malah dia tidak pernah memikirkan untuk bermadu kerana bahagia dengan kehidupan kini.

Memey Suhaiza juga meminta peminat mendoakan yang terbaik buat Norman Hakim dan Abby Abadi kerana hubungan baik tersebut demi anak-anak tercinta.

Ini komen Memey Suhaiza kepada Sinar:

"Sebenarnya selain yang menyokong mereka kembali bersama, ada juga yang marah dan meminta supaya Kak Abby tidak mengganggu rumahtangga kami.

"Ada lagi perkara lain yang orang sampaikan pada saya, tetapi itu hak mereka dan saya sendiri rasa ok jer sebab pernah berhadapan dengan perkara yang lebih teruk,"

"Apa yang penting bagi saya adalah menjaga suami. Lagipun dia yang paling sedih apabila perkara ini berlaku.

"Dia sering minta supaya saya kuat dan jangan biarkan perkara ini mengganggu rumahtangga kami. Lagipun, saya percaya bukan sesiapa menentukan kehidupan kita kerana semua yang berlaku urusan ALLAH SWT,"

"Kami memang sentiasa berhubung, jika bukan saya, suami yang akan menghubunginya bertanya khabar dan memberikan kata-kata semangat.

"Bila dia tertekan, tidak salah kami menasihatinya supaya terus kuat demi anak-anak. Lagipun suami tidak pernah berselindung sebaliknya dia sentiasa memberitahu saya apa sahaja perkembangannya bersama bekas isteri,"


4 comments:

  1. Siapa yg ambil hak siapa...dulu....skrng suruh orng jgn ganggu pulak....dunia2

    ReplyDelete
  2. Xsedar diri btl mi memey ni huhu

    ReplyDelete
  3. Memey kne terima hakikat kalau suaminya pula nak kembali rujuk kepada bekas isterinya kerana perceraian Abby dan Norman terjadi berpunca dari Memey sendiri. Jadi tak ada alasan Memey untuk tidak sanggup bermadu dengan Abby kelak.

    ReplyDelete
  4. Betina si memey tu memang xsedar dr die yg rampas hak org..pastu kate jgn ganggu n xsanggup nak bermadu pulak..eee..jmpe kat luar aku sepak je muke si memey ni..xmalu idup gembire atas derita org...

    ReplyDelete