08:33 0

Punca Sebenar Kes Curi Aliff Aziz Terbongkar, Dilarang Masuk Malaysia

Punca Sebenar Kes Curi Aliff Aziz Terbongkar, Dilarang Masuk Malaysia


Semalam Aliff Aziz telah didedahkan terlibat dengan kes kecurian telefon bimbit. Aliff Aziz juga dikatakan telah membayar denda sebanyak 2000 Singapore Dollar.

Aliff Aziz akhirnya telah menceritakan kisah sebenarnya apa yang berlaku.

Aliff berkata:(mstar)

"Saya mengaku ditahan oleh pihak berkuasa ekoran kes kecurian telefon bimbit seperti mana didakwa tetapi saya tidak melakukan kesalahan itu. 

"Saya berada pada waktu dan tempat yang salah ketika kejadian itu dan saya telah memberikan kerjasama kepada polis untuk mereka menjalankan siasatan sepanjang kes itu," 

"Akibat kes tersebut saya terpaksa dipanggil ke balai polis untuk membantu siasatan dan memberi keterangan di mahkamah namun Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik. 

"Orang yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan telah pun menerima akibatnya dan pasport saya bakal dipulangkan dalam masa seminggu lagi," 

"Kejadian tersebut banyak mengajar saya supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan," 

"Saya kini sudah bebas dan akan kembali ke Kuala Lumpur dalam masa dua minggu lagi,"

Aliff Aziz dan rakan telah datang ke sebuah rumah. Rakannya telah mencuri telefon bimbit tersebut. Aliff Aziz yang tidak bersalah turut didakwa kerana mangsa keadaan. Aliff membayar wang denda agar dapat kembali passportnya.


0 comments:

Post a Comment