Searching...
10:12 0

Akhirnya Erra Fazira Komen Siapakah Teman Lelaki Barunya


Akhirnya Erra Fazira Komen Siapakah Teman Lelaki Barunya


Erra Fazira merupakan seorang pelakon yang mempunyai ramai peminat. Setelah bercerai buat kali kedua, ramai tertanya-tanya adakah pelakon cantik ini tidak ada teman hati yang baru.

Ada satu laporan akhbar mengatakan yang pelakon popular Erra Fazira dikatakan sudah temui teman hati yang baru.

Akhirnya Erra Fazira sendiri mengaku yang beliau sedang mengenal hati budi dan berkawan rapat dengan seorang lelaki tapi bukan seorang VVIP.

Erra Fazira masih lagi berahsia tentang siapakah lelaki bertuah tersebut.

Ini komen Erra Fazira: (rotikaya)

“Sejujurnya, jika ditanya tentang soal berkawan, ya, saya akui memang kini sedang berkawan rapat dengan seseorang. Namun, apabila ada cerita mengatakan lelaki tersebut adalah daripada golongan atasan, itu tidak benar sama sekali,”

“Pada saya, jika berkawan, saya tidak menjalinkan sesuatu hubungan itu berdasarkan atas nama, pangkat atau harta. Saya lebih selesa memilih untuk berkawan dengan orang biasa”

“Umur saya sekarang sudah tidak sesuai untuk dijadikan bahan gosip atau publisiti kepada mana-mana pihak tertentu. Carilah pula artis-artis muda yang lain untuk dikorek cerita mereka. Apa yang penting saya sudah penat dan muak dengan semua gosip seperti itu,”

Semoga Erra Fazira bahagia selalu.


0 comments:

Post a Comment