Searching...
06:57 0

Luahan Hati Eizlan Yusof Tentang Kes Penceraian Dengan Isteri, Vie Shantie

Luahan Hati Eizlan Yusof Tentang Kes Penceraian Dengan Isteri, Vie Shantie


Umum mengetahui, Vie Shantie telah menfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dari suaminya Dato Eizlan Yusof.

Wartawan Berita Harian telah berjaya menghubungi Eizlan Yusof untuk mengulas lanjut tentang kes yang berlaku ini.

Ini komen awal dari Eizlan Yusof:

“Susah nak komen! Aku sayang dia, family aku. Ini dugaan tiga suku mati aku nak menanggungnya Aku tak boleh komen apa apa buat masa ini, aku down gila, nantilah ya”

Setelah dipujuk beberapa kali, ini tambah Eizlan Yusof:

“Aku tak nak semua terjadi. Ya, aku sedang mempertahankan perkahwinan aku sebab aku taknak berpisah"

Ditanya tentang lafaz cerai, adakah dia akui ada membuat lafaz itu? Ini katanya:

"Kalau aku dah lafaz, takkanlah aku nak mempertahankan perkahwinan ini, mesti dah terlerai,” 

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik. Ternyata Eizlan Yusof masih menyayangi Vie Shantie dan dari komennya itu dilihat pelakon ini cuba menyelamatkan rumah tangganya.


0 comments:

Post a Comment