Searching...
11:20 0

Murid Parah Dicampak Dari Tingkat 2 Sekolah

Murid Parah Dicampak Dari Tingkat 2 Sekolah


Murid lelaki berusia enam tahun parah akibat dicampak dari tingkat dua Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Tasik Jaya, Senawang.

Murid prasekolah itu patah tangan kiri dan kaki kanan serta cedera pada tulang punggung. Murid malang itu kini dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 petang, murid itu dikatakan naik ke tingkat dua untuk mencari emaknya yang juga guru di sekolah tersebut.

Ini komen dari sumber:

“Namun, mangsa terserempak dengan seorang murid dari kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang agresif dan berbadan besar. Murid itu dipercayai bertindak mengangkat mangsa lalu mencampaknya ke bawah bangunan.

“Kejadian terbabit turut disedari beberapa murid lain yang kebetulan berada di tingkat sama. Bagaimanapun, tindakan itu tidak sempat dihalang menyebabkan mangsa parah dicampak,”

sumber: Metro




0 comments:

Post a Comment