Searching...
09:06 9

PANAS: Abby Abadi Tegur Dan Sekolahkan Ustazah Dr Mashitah


PANAS: Abby Abadi Tegur Dan Sekolahkan Ustazah Dr Mashitah


Hangat apabila perbincangan ustazah ekspres dan juga ustaz ekspres diketengahkan oleh Dr Mashitah.

Perwakilan Wanita Umno Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim menegur banyak golongan artis yang apabila berhijrah menjadi ustaz dan ustazah ekspres.

Namun Ustazah Dr Mashitah pula digesa menegur dunia hiburan seperti rancangan televisyen yang melalaikan terlebih dahulu dan bukannya menegur mereka yang telah berhijrah.

Selebriti, Abby Abadi pula menyekolahkan Dr Mashitah tentang hal ini dan berkata Dr Mashitah harus menegur mereka yang belum berhijrah bukan yang dah berhijrah.

Ini kata Abby Abadi: (HarakahDaily)

"Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.

"Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama," 

"Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.

"Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui," 

"Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain".

Abby Abadi menyatakan demikian sebagai respons kepada gesaan Mashitah yang berucap pada Persidangan Wanita Umno semalam yang meminta kerajaan memantau kewujudan golongan 'ustaz' dan 'ustazah ekspres' terutama di dalam PAS.

Ustazah Mashitah juga ada menyentuh pendakwah banyak buat lawak dan jika ingin melihat ceramah lawak baik tonton program lawak macam MLM 2014.

p/s: bersyukur ramai ikon dan selebriti berhijrah. InsyaAllah jadi ikutan dan teladan kepada masyarakat.



9 comments:

  1. mmg patut pon...org tu dah berhijrah sepatutnya kita islam kna la support selagi drg x membawa kita p maksiat....dr. mshitah g la tegur lak semua artis yg seksi meksi tu...adoiiiii....

    ReplyDelete
  2. Ustazah dan Ustaz express. Mula2 disebut Ustaz dan Ustazah mee segera. Mat Sabu pun ada yg gelar Ustaz. Hahaha. Naka Sunggoh.

    ReplyDelete
  3. Ustazah Express hanya wujud masa dekat dengan PRU. Banyak Job/kerja ceramah. Apabila habis PRU, ditinggalkan dan di biarkan. Duit bayaran ceramah sudah habis. Bila habis, timbullah masalah itu ini. Rumah tangga berkocakkan. Masa ada duit Job taknak berjimat. Mungkin masa tu difikirkan akan terus dapat Job. Alahai artis 'hijrah'.

    ReplyDelete
  4. Ustazah ialah orang yang berilmu ugama dan menyebarkan kepada orang lain untuk munafaat. Ustazah segera ialah ustazah politik yang mana asalnya adalah artis yang agak tersohor, kemudian berada di pentas politik di angkat kemudian dijadikan icon. Seeloknya digelar Ustazah Politik Segera. Segera bermaksud dengan cepatnya. Bilamasa dia belajar dan medalami ugama, kita tak tahu. Mungkin juga boleh diletak tahap, iaitu Ustazah Tahap Satu.

    ReplyDelete
  5. 'Ustazah' semoleknya tunjukkan teladan yang baik, lebih-lebih lagi hal hal rumah dan tangga serta kehidupan harian.

    ReplyDelete
  6. Pn mashitah hoi, pegi lorong hj taib dan ajak kaum sejenis yg terjebak dan bela nasib mereka bukanya sibuk menegur benda yg dah baik..kalau anda berjaya menyelamatkan golongan wanita yg terjebak ke pangkal jln, barulah org respect...

    ReplyDelete
  7. Kalau setakat berucap berapi-api, org awam pun boleh buat, yg kita nk tenguk hasil keja yg berkesan, pandai cakap je nk buat apa..kurangkan cakap banyakkan keja pn. Mashitah oi..

    ReplyDelete
  8. Kembalikan ustazah mashitah yg dahulu, skrg dipanggil pn mashitah sbb mcm tak sesuai je dipanggil ustazah

    ReplyDelete
  9. Mcm mana klu ustazah plk yg "berhijrah". Dgn tudung singkat nmpk tetek n kening dh mcm opera cina

    ReplyDelete