Permintaan Mengejutkan, Anak Mahu Nora Danish Cepat Hamil
Pelakon comel Nora Danish ada berkongsi perkembangan mengenai anaknya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berumur 5 tahun.
Nora Danish berkata, dia sedang melalui pengalaman baru setelah Rayqal dimasukkan ke sebuah sekolah swasta, sekolah antarabangsa.
Ini kata Nora Danish:
“Mula-mula itu, saya agak risau kerana usianya baru sahaja 5 tahun. Tetapi mujurlah sekolah tersebut menyediakan satu diari untuk ibu bapa memantau prestasi anak-anak setiap hari. Malah Jejai dan keluarga mertua juga banyak membantu memantau kerja sekolahnya," katanya.
Bagaimanapun ujar Nora Danish, dia terkejut apabila baru-baru ini Rayqal telah membuat permintaan yang memeranjatkan.
Ini tambah Nora Danish:
"Walaupun dia sudah ada adik, tapi dia tak cemburu. Malah jika dia ke rumah Jejai, dia teruja untuk berjumpa adik-adiknya.
"Sehinggakan dia pernah menyuruh saya melahirkan seorang adik untuknya dan melarang saya diet kerana mahu saya mudah hamil," katanya sambil ketawa.
Disamping itu, Nora Danish turut mengulas tentang status terkini yang mana hubungannya dengan Nedim Nazri berjalan seperti biasa dan jika ada rezeki, dia sememangnya merancang untuk berkahwin.
"Buat masa ini kami fokus pada kerjaya dan anak-anak. Kalau ada rezeki memang kami mahu berkahwin. Jadi doakanlah yang terbaik untuk kami,"
Semoga Nora Danish cepar kahwin dan dapat baby baru. Hehe.
0 comments:
Post a Comment