08:58 0

Puan Lola Tak Mahu Jaga Dan Enggan Tuntut Adik Firdaus


Puan Lola Tak Mahu Tuntut Adik Firdaus 


Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan akan terus menjaga Muhammad Firdaus Dullah, remaja OKU yang dikurung sehingga kurus kering oleh ibunya Lolanopita Saidi.

Lolanopita kini dihukum penjara dan denda atas kesalahan tersebut. Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita) berkata, pihaknya dimaklumkan Lolanopita enggan dan tidak mahu menuntut Muhammad Firdaus, walaupun selepas selesai menjalani hukuman.

Rohani menjelaskan, kejadian itu harus dijadikan sebagai contoh dan pengajaran kepada masyarakat, agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Ibu bapa dan penjaga harus memberi kasih sayang kepada anak-anak apatah lagi jika OKU.

Dari sesi kaunseling yang dibuat bersama Lola, dia memberitahu kepada pegawai JKM, dia mahu Muhammad Firdaus terus tinggal di rumah kebajikan itu.

Datuk Ruhani juga berkata sebagai ibu Lolanopita tidak boleh hanya melepaskan tanggungjawab kepada JKM semata-mata.

Ini kata Datuk Rohani: (sinar)
“Apa juga keputusan yang dibuat oleh ibu Firdaus, kita menerimanya. Kita tiada masalah untuk menjaga anak ini. Cuma sebagai seorang ibu dia harus mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap anaknya sendiri.

“Walaupun Firdaus berada di bawah jagaan JKM, namun dia dinasihatkan sentiasa menjenguk anaknya sekerap mungkin," 

"Walaupun kita mampu menjaga Firdaus dengan baik, namun hubungan ibu dan anak tidak boleh dipisahkan,”

“Lola boleh mengambil anaknya pada bila-bila masa kerana dia adalah ibu kandungnya, namun kita akan serahkan anaknya itu dengan bersyarat, antaranya perlu mengikuti kelas pemulihan untuk Firdaus, sesi kaunseling, rawatan susulan dan pelbagai lagi keperluan yang perlu diikuti,” 

Bagaimanapun, Rohani menegaskan, sekiranya suatu hari nanti Lolanopita ingin menuntut Muhammad Firdaus kembali, dia berhak berbuat demikian dan pihaknya akan menyerahkannya kepada ibunya dengan bersyarat.

~Cara Murah Rezeki dan Dapat Tambah Pendapatan (LIHAT CARA DI SINI)


0 comments:

Post a Comment