11:11 0

Shahir AF Hilang Lagi, Faizul AF Akui Tertekan & Stress

Shahir AF Hilang Lagi, Faizul AF Akui Tertekan 


Shahir kini hilang lagi dan lagunya terpaksa digantikan oleh Faizul. Juara AF2013 Faizul Sany akui tertekan ketika menyanyikan lagu Shahir, Dia Yang Kau Pilih di Separuh Akhir Muzik Muzik 29, baru-baru ini.

Dikatakan Faizul telah membuat sesi latihan selama 2 minggu untuk menghayati lagu itu agar tidak terikut-ikut dengan gaya Shahir.

Menurutnya,dia tidak tahu punca dia mengantikan Shahir? Dia tiada jawapan untuk itu, dia hanya mengikut sahaja permintaan pihak pengurusan Astro dan mengalas tanggungjawab itu dengan sempurna.

Ini kata Faizul:  via Murai

“Saya pada mulanya terkejut, saya dipilih untuk mengantikan Shahir untuk menyanyikan lagu itu. Saya sudah lakukan yang terbaik kerana ini merupakan pengalaman saya yang pertama di pentas separuh akhir muzik-muzik,”

“Saya pun tidak tahu di mana Shahir, saya harap peminat di luar sana jangan membuat spekulasi yang negatif mengenai penggantiaan saya di separuh akhir ini,” katanya.

“Walaupun menyayikan lagu orang, saya anggap ini sebagai platform dan peluang keemasan buat saya untuk merasai bahang Anugerah Juara Lagu. Inshaa-Allah satu hari nanti, lagu saya pula yang dicalonkan,”


0 comments:

Post a Comment